Thursday 14 April 2011

TUGASAN KETIGA

KOMEN MENGENAI PENGANTAR PENULISAN (SBLM 1023)

    Pada pendapat saya, kelas Pengantar Penulisan (SBLM 1023) yang diajar oleh Encik Nasrol Hadi memberikan banyak input yang berguna untuk digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat melalui silibus pembelajaran yang menekankan aspek - aspek kepentingan penggunaan tatabahasa mahupun sistem dokumentasi yang betul dalam memperbaiki bidang penulisan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan cara - cara yang betul untuk menghasilkan sebuah karya penulisan yang baik dan bermutu. 


    Justeru itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nasrol Hadi Bin Ahmad Syukeri kerana telah banyak membantu saya dalam memperbaiki sistem penulisan dan mendedahkan sesuatu perkara berkaitan penulisan yang tidak pernah diketahui oleh saya sebelum ini.

1 comment:

  1. terima kasih kembali..

    semoga berjaya dalam peperiksaan akhir nanti

    ReplyDelete